Monday 21 April 2014

The sweetoo of Banda Aceh ;)

Bismillahirahmannirahim,

Helloooo :D harini aku ada mood nak update blog. So dengan perasaan gembira dan excited nya aku nak kongsi pengalaman aku menjejak kan kaki ke Banda Aceh. haha. Gelabah macam pergi Perth. kiki. Actually, aku pergi last month. Tapi pas balik dari Aceh tu aku terus busy dengan closing. End month kan so tak sempat nak update fresh story untuk blog aku nie. Haih but who's care kan. Benda basi kadang2 bagi kita mamfaat jugak. kan? ngee

Masa aku pergi Banda Aceh ni, aku join Persatuan Halaqah Al-quran Selangor yang dipengurusikan oleh Ustazah Nawiya. Ni kali pertama aku joined activity with this society. Jadi aku macam malu2 kucing jugak lah. hiks. Sebab tak kenal sesiapa melainkan ibu,adik dan cik gee jiran aku. haha. Tapi ahli halaqah ni semua baik-baik. Layanan pun mesra. No discrimination. So aku terharu sangat :') *over*  Bagi yang nak survey bajet untuk bercuti ke Banda Aceh aku tak dapat nak kongsi dengan you all. Sebab aku bayar je then dari flight ticket, makan minum, hotel, transport pergi sana sini, waktu solat semuanya mereka aturkan. Perfect! yang paling best nya, kitaorang pergi bukan jalan saja-saja, banyak pengisian agama diterapkan malah persatuan halaqah ni turut mengadakan majlis khatam Al-quran di dua masjid di Banda Aceh. Subahanallah. This is sooooo amazing experience. Seriously, kalau ada lagi mereka buat ke tempat lain, insyaAllah nak join! Ok mukadimah yang agak panjang disitu. Proceed!

Kteorang pergi menaiki firefly. Agak leceh sebab ada transit di penang. Subang-Penang-Aceh. Balik pun macam tu Aceh-Penang-Subang. Tapi disebabkan team logistic halaqah ni sangat-sangat bagus (haaa nak bagi pujian sket) perjalanan pergi balik smooth je. Tak ada satu pun yang sangkut dan bermasalah. Teratur. Selamat pergi selamat balik. Alhamdullillah :)

Kteorang sampai aceh dalam pukul 2.00pm waktu sana.  Turun je kapal terbang, dah ada dua bas tunggu nak bawak pergi airport. Omggg. kalah airport malaysia k. Sedangkan jarak kapal terbang park dengan airport tak sampai 5 minit jalan kaki. haha. Punya lah layanan vvip. Nie kalau kat lcct, pusing satu lapangan kot baru sampai. huhu -_-" Lagi menariknya, airport aceh berbentuk masjid. Cantik. Gambar sila google, aku tak sempat nak snap. haha.
(nota kecil: di indonesia waktu nye lambat sejam dari malaysia. Jadinya jangan konpius nak solat solat subuh pukul berapa. haha)

sebahagian daripada jemaah
Masa kteorang kat sana, segalanya diuruskan oleh pelajar malaysia yang belajar di University Aceh. Hebat oi mereka ni. Sangat berkarisma dalam memikul tanggungjawab. Bukan senang nak melayan kerenah beratus orang. Terima kasih lah ye. Semoga berjaya dalam pelajaraan :')
(nota kecil: di indon, tidak bisa ngomong airport. maksudnya lain. jadi ngomong saja lapangan terbang ya ibu bapak semua :p)

buah ciku aceh
Macam airport lain, keluar je dari airport mesti ramai penjaja jalanan. Macam buah ciku kat atas ni, pakcik ni jual selonggok RM10. Kemain tau guna ringgit malaysia. Bila tanya dalam rupiah berapa, terus cakap ngak bisa dalam rupiah. hahaha. Confuse aku, ini malaysia ke indonesia >.< Ok bagi yang tak sempat nak cari hotel dan kereta sewa, kat sini ramai agen dah terpacak cari customer. So enggak perlu khuatir ribut-ribut segala. Bisa settle janji ongkosnya ada, jalannnnn. Hihihi.
(nota kecil: kalau boleh survey lah dulu harga supir dan hotel. takut di tipu. paham ngak???)

Makanan di Aceh
Disebabkan sampai pun dah petang, perut harus lah lapar gila, Ok, aku tak lapar sangat. Sebab kat airport penang dah melantak dulu sendiri. kuikui. Makanan kat sana not bad. Tekak aku suka jugak lah. Cuma hidangan dia kalau korang tengok semua kat mangkuk kecik-kecik. Ni kalau bangsa nafsu tamak macam aku, pandang macam tak puas hati je. Cukup ke tak nak share sepuluh orang ni. Ha kannnnn jenis semua nak besar. Sekali makan, tak larat nak habis kan semua lauk. kikiki.
(nota kecil: ok, aku sarankan korang tatap lama-lama sket makanan kat atas ni. Sebab ni jelah makanan yang aku sempat nak snap before makan. yang lain telan dulu, baru perasan tak tangkap gambar :p)

Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron
On the way, nak check in hotel kteorang singgah  Kuburan Masal. Di makam ini lah sebanyak 46k mangsa tsunami yang tak dikenal pasti dan tidak tuntut oleh sesapa di kebumikan.Mereka ditanam secara berlapis. Yang rumput warne hijau tu lah kubur. Mereka takde batu nisan. Jadi jangan tetibe pulak korang berlari kat sini ingat taman. huhu. Masa kat sini hati aku dah jadi sayu......


Hotel Madinah Aceh
Ok, inilah hotel aku menginap selama 2 malam. Nama dia Hotel Madinah. Memang feeling2 ada kat madinah lah kannnn. kikiki. Sebelah hotel aku ni ada Hotel Mekah. So sesiapa yang datang ke sana, boleh lah cuba hotel-hotel ni. Alhamdullillah lah, walaupun aircond lambat sejuk tapi tidur malam sangat lena. haha. Gambar bilik tak sempat tangkap, sebab runshing nak solat sume. Tapi bilik yang kteorang dapat besar gila. Tido 1 kampung pun muat kot. kiki. Over.
(nota kecil: untuk yang jenis yang banyak gadget mcm aku, disarankan bawak entension plug dari rumah. Macam aku haritu,kat bilik plug ada satu je. universal plug pun jangan lupa bawak k)

kapal atas rumah
mangsa tsunami yang selamat
Lepas solat jamak kat hotel, kteorang terus pergi melawat kapal atas rumah. Disini, kita boleh mendengar cerita sebenar apa yang terjadi sewaktu tsunami tersebut. Pakcik yang baju putih tu adalah salah satu mangsa yang terselamat dalam kapal. Menurut cerita pakcik ni, ada dalam 60 orang yang terselamat berada dalam kapal tersebut termasuk seorang bayi. Dengar pakcik tu cerita, sayu rasa hati. Seriously, bila kita baca kisah tsunami di aceh pun kita dah rasa sedih. Ini kan pulak dengar dari mulut mangsa yang terlibat. Meraka sendiri merasakan yang tsunami baru semalam berlaku. Sambil cerita sambil mengalir air mata. SubahanaAllah. Kuat nye mereka :'(

pemandangan aceh
Nie salah satu pemandangan yang ada di Aceh. Menurut 'tukang cerita' kami. hehe, Aceh merupakan negeri yang sangat kaya. Tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh membangun gah seperti jakarta. Haa nak tahu sebab apa, pergi kaji sendiri. kiki. Di sana hasil tanaman mereka tak perlu letak baja dah gemuk gedempol. Tanah mereka sangat subur, kalau letak baja mungkin jadi obes sume tanaman. haha.

singgah jugak ke Makam Syeieh Abdurrauf .

Masjid Oman, Banda Aceh
Malamnya, kteorang solat maghrib dan isyak di Masjid Oman. Masjid ni jarak 5 minit jalan kaki dari hotel kteorang. Dekat sajoo kan. So pas mandi sume, terus lari-lari anak pergi masjid. Selepas solat, majlis khatam Al-quran pun bermula. Majlis di masjid ini agak meriah kerana mahasiswa malaysia, pelajar tahfiz,  dan ahli jemaah aceh turut serta. Ini kali pertama aku khatam Al-Quran di negara orang. Jadi perasaan dia alhamdullillah, seronok dan teruja! The best experience ever :'D

Masjid Baiturrahman Aceh
Hari kedua di Aceh, kami pergi ke Masjid Baiturrahman untuk majlis khatam Al-quran kali kedua. If korang google, masjid ni adalah salah satu masjid yang terselamat daripada bencana tsunami. Menurut imam masjid ini (beliau turut jugak berkongsi pengalaman) semasa tsunami berlaku, bangunan di keliling masjid nie semuanya musnah. Tapi masjid ni masih gah berdiri. Subahanaallah. Besarnya kekuasaan Allah. Imam masjid ni turut meceritakan keaadaan dirinya sendiri ketika dia ditempa detik-detik tsunami. Sungguh kalau korang tanya aku, apa yang aku rasa, aku sendiri tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Yang aku pasti bila aku melihat air muka mereka hati aku jadi sayu, mereka bercerita seolah-olah baru semalam tsunami tu berlaku. Sedangkan 10 tahun dah berlalu.



suasana majlis khatam Al-quran. Orang aceh turut datang memeriahkan majlis.

Masjid Baiturrahim, Aceh.
Next destination kteorang pergi melawat Masjid Baiturrahim Aceh. Masjid ini terletak di pinggir pantai dan ia merupakan salah satu masjid yang kukuh berdiri walaupun dipukul ombak setinggi 21 meter semasa tsunami. Di dalam masjid ni terdapat gallery yang memaparkan photo peristiwa bencana gempa tsunami Aceh. Its quite interesting ;)

Muzium Tsunami Aceh
Muzium Tsunami Aceh, muzium paling best aku pernah masuk. So sesiapa yang datang ke sana, jangan skip untuk berkunjung ke muzium ni. Seriously,  aku macam over excited dalam muzium ni. Kejap lari sana kejap lari sini. Sume benda menarik perhatian mata aku. haha. Muzium ni di tubuhkan untuk mencerita bagaimana tsunami itu berlaku dan hikmah selepas tsunami. Banyak khazanah, photo dan replica berkenaan tsunami ada di muzium ini. Sebelum masuk ke dalam muzium, setiap group  akan di wakil kan seorang staff untuk mengiringi kita. Lebih menarik, staff-staff yang mengiringi merupakan mangsa-mangsa tsunami yang terselamat. Jadi setiap butir bicara mereka tentang tsunami sangat menyentuh jiwa. Sambil bercerita, sambil mengalir air mata. Ya Allah, bertapa tsunami itu memberi kesan yang mendalam buat mereka. Bukan saja pada mereka, malah seluruh negara merasai kesannya. Tapi kami percaya, setiap musibah yang terjadi adalah ingatan dari Allah swt untuk hamba-Nya yang leka :')
(nota kecil: harga masuk muzium tak pasti, tapi di luar muzium ni ada penjaja jalanan yang jual CD tsunami. So sesiapa yang nak buat koleksi boleh beli dengan harga RM5 satu CD. Duit malaysia ye, duit rupiah tak layan. hahaha)


Actually selepas melawat muzium, kami pergi shopping di Banda Aceh. Tak sempat nak amik picture keadaan tempat tu macam mana. Sebab masa diberi dalam 2jam lebih je,so turun bas terus melompat pergi shopping. kikikiki. Tapi bak kata orang, benda kalau melibat-libatkan wang tak usah ada kenangan. Nanti sedih. hahahahah. Kalau nak beli barang kat Banda Aceh ni kena pandai tawar menawar. Kalau tak, harga sama je cam jalan tar. So tip masa nak tawar tu kena gaduh dulu,then baru dapat harga yang puas hati tujuh keturunan. hahaha. Macam tudung bawal kangaroo tu tapi tak da brand lah, harga dalam 10k rupiah je. Baju-baju blouse yang kita selalu beli RM25 kat sini, kat sana dalam 75k rupiah paling murah boleh dapat. So memang tak murah sangat. Aku sempat beli dua helai dress labuh je. Tu pun 15minit terakhir. Adik ngan mak aku je banyak beli. Adik aku memang  tak pandai bodek lansung. Orang sebut harga terus dia bayar. Lansung tak reti tawar. Aku pulak yang beriya tawar-tawar bagi pihak dia. Tu salah satu faktor aku tak sempat beli pape tok aku. hahaha. Tak pelah, next month aku nak g bandung dan jakarta. Lg best kot shopping sana. hiksss ;)
(nota kecil: orang aceh ayat manis sangat. Kacak pun ye jugak. hahahaha )

Tugu Kapal Apung Tsunami
Hari terakhir di Aceh, kteorang pergi melawat Tugu Kapal Apung. Masuk melawat ni percuma je. Kapal ni besar sanggat. Kalau panjat atas kapal ni, kita boleh nampak 1 bandar Aceh. Menarik kan. Menurut sejarah kapal apung ni, semasa bencana tsunami berlaku, lebih kurang 200lebih orang yang berada dalam kapal ni. Tetapi hanya seorang je yang terselamat. Berbeza dengan kapal dia atas rumah yang aku cita kat atas tadi, Walaupun kapal itu hanyalah sebuah kapal rosak di hanyutkan oleh arus namun dia mampu menyelamatkan 60 nyawa. Itu bukti kekuasaan Allah. Bila Allah kata kun faya kun, maka jadi lah ia. Tiada apa yang mustahil.

Haaa baju ni lah yang aku beli kat Aceh. Baru beli terus pakai. hahaha. Nampak ke-excited-tan di situ. kikiki. Baju nie aku beli dalam 150k rupiah. Kira aku puas hati lah dapat harga tu, sebab kat Malaysia harga baju tu dalam RM80. huhuhu. Nak dapat harga tu pun banyak muslihat nya, aku punya lah bodek-bodek abang kedai tu. Nak beli dua baju harga 300k rupiah. Tapi dia tak nak bagi.. Bodek punya bodek then aku rasuah dia RM1 duit Malaysia. Bajet nak bagi dia barang untuk di jadikan kenangan lah dari Malaysia. Dia punya gembira dapat duit Malaysia terus dia bagi aku harga 300k rupiah tu. Settle. Hahahahaha. Nampak jahat kan, tapi masa bayar tu aku dah mintak halal dah siap-siap. Terima kasih abang hensem. hihihi. Tudung bawal tu pun aku beli kat sana, harga 40k rupiah sehelai. Aceecehhh OOTD lah plak :p

Air Buah yang superb lazat ;)
Kat luar perkarangan Tugu Kapal Apung ni, ada peniaga-niaga kecil menjual air dan souvenir. Kalau air buah tu dalam 2k rupiah. So mesti cuba rasa. Kat Malaysia susah nak dapat air buah macam tu kan. Kalau nak beli keychain kat sini, harga dia 5k rupiah je setiap satu. Kalau baju Aceh tu 100k rupiah boleh dapat tiga. Aku memang borong kat sini je. Sebab kat Pasar Aceh tu tak sempat shopping kan.. Lupa pulak nak beli souvenir untuk family dan kawan-kawan. haha.

Haaa takat tu jelah yang aku boleh share. Sebab banyak tak ingat dah. Lagi-lagi tang nama-nama orang yang berkenaaan. Maafkan saya T_T Pendek cita, aku bagi 4 bintang untuk Aceh. Walaupun Aceh tak membangun pun macam tempat lain, serba serbi kekurangan. Kalau orang yang high taste mesti rasa tak syok pergi Aceh ni. Tapi bagi aku setiap apa yang ada kat aceh tu segala-segalanya memberi kita kesedaran dan keinsafan. Alhamdullillah, percutian yang bermamfaat :') So jangan fikir juta kali nak book flight pergi Aceh. InsyaAllah seronok datang sini ***Promote***
(nota kecil: jangan lupa try makan ayam penyet, kek ubi dan ayam tangkap. serious sedappppppp. lagi satu tax airport aceh 100k rupiah sila asingkan before shopping yaaa)

Wasalam.